Antara nak dengan tak nak

Assalamualaikum….

Penat sangat carik rumah sewa. Kadang bila call dah ada orang sewa, kadang sewa melampau. Rumah sekarang,maybe naik lagi harga sewa. RM 1300. 2 bilik fully furnish. Nak tau jugak macam mana dia nak letak fully furnish dalam rumah(tak boleh nak kira as a rumah kot) yang sempit ni.. Tapi seriously sangat tak berbaloi rumah ni harga RM 1300.

Makanya dengan semangat pergilah carik rumah kan. Sangat susah nak carik rumah kawasan sini. Sangat.
Macam kecewa je nak carik rumah lain tapi takpelah, USAHA TANGGA KEJAYAAN. 화이팅….

Guna WordPress for Android konon…^^

Posted in Rant(s) | Leave a comment

Hai Terengganu

Assalamualaikum.

Dah 3 hari aku dok sini. Aku la famiy aku dah nak dekat 2-3 minggu dah sini.  Kawasan dia kecil sikit compared to Gambang. Staff tak banyak pun. Maybe sebab raya cina diorang balik kampung. Jiran pun baru kenal sorang. Tu pun sebab dia datang rumah. Pokok buah-buahan pun takde. Sedih. Sedih….

image

Kawasan persekitaran… dok kaki bukit of course la sejuk kan. Aku ingat dekat dengan rumah nenek aku rupanya masuk dalam lagi. Sangat dalam. Nasib diorang pagar kawasan rumah pekerja dengan staff sebab cik bab! memang ada kat bukit belakang rumah.

image

Rumah kecil sikit berbanding rumah Gambang. Ah dah takkan tengok UMP dah lepas ni. sobs…….

Posted in Rant(s) | Tagged , , | Leave a comment

Assalamualaikum..

Nampak kan blog yang penuh sarang labah-labah ni? Ehei tak nampak ke? Ada. Ada. *Uhuk**Uhuk* … Maaflah, tengah batuk. Tak nampak kan? Sebab tu tulis. Betullah, perasaan nak menghias blog ni, dah hilang. Dah lupus. Kes hari tu. Hilang semua. Nasib backup post ada. Hiasan lama semua hilang. Termasuklah perasaan berblog. Tapi aku sayang lagi nama domain ni. Sayang. Ya, kepuasan hati. Puas.

Kosong. Otak kosong. Hati kosong. Menjengah sahabat lain pun tidak. Hujan panas, hujan panas, batuk selsema pun datang menyinggah. Hari ni belum mampu berjalan jauh. Biasalah, perjalanan ke pejabat pun dah ambil masa sejam, mungkin dua jam? Ada teksi konon cepat sampai ke pejabat. Kedekut mungkin, tawaran pakcik teksi terabai. Kesian. Bukan apa, mahal. Ada meter yang dijadikan habuk. Kalau pakcik teksi pakai meter, sanggup aku naik tiap hari. Alasan dari hati, bukan dari diri, “tak perlu buang duit. jalan kaki. 10-15 minit apalah sangat. Kata nak sihat kan?”

Cukup. Cari ubat dulu. Rehat. ^^

Posted in Rant(s) | Leave a comment